KL Gangster vs Kongsi

Tuesday, July 19, 2011

Disebabkan kemalasan maksimum dan pemikiran stereotype, kebiasaannya aku tak tengok citer melayu kat wayang. Statement yang biasa kita dengar:

"Alaa.. citer melayu tgk kat rumah sudah.. buang duit je tengok kat wayang.. tunggu la raya nnt cite tu kluo kat tibi" ujar warga tipikal (termasuk aku)

Stigma yang berlarutan ini telah membuatkan aku tidak beberapa update tentang citer melayu. Akan tetapi, dalam masa 2-3 hari ini, aku telah berjaya menonton 2 filem yang sedang hebat diperkatakan oleh warga kota. Kedua-duanya aku sedut dari HDD Mr. Izzad Hafetz. Kudos Mengkudus

KL GANGSTER


Citer arahan Sol Yusof yang menjadi pujaan Yanasaja nampaknya kali ini telah berjaya menemukan formula untuk cerita aksi urban samseng goreng. Filem ini berkisar tentang hero yang baru keluar penjara bernama Malek (dilakonkan oleh abg badang) dan ingin memulakan hidup baru. Namun begitu, kisah silam kembali menghantui dirinya dan keluarganya. Adakah dia akan berjaya menjadi penyanyi pop? tgk la sendiri

Pro's :
1. aksi gaduh2 yang agak baik berbading citer2 tempatan yang lain. directing pun nmpk kemas.

aku sepak kepala kau - kata abg badang

2. cerita yang simple but yet ada depth dalam karektor2 penting, esp Ajib Sengat and Jai Meme yang tidak keterlaluan utk saya katakan sebagai sangat berjaya

Jai Meme dan Mika dari cerita Adamaya

3. Jalan cerita yang dynamic (x tau pun apa maksud) dan watak2 cliche tak byk dlm citer ni.

Cons:

1. storyline boleh polish lagi sebenarnya
2. apesal melayu-melayu pun ckp slang cina pekat.
3. ending mudah

Rating : 8.0/10 which is sgt sgt bagus utk cerita aksi melayu. tahniah sol sol.


KONGSI : Lu Langsir Lu Cadar?




Cerita arahan Farid S-kekamil ini adalah agak fail pada mata aku.. Cerita pasal mamat thailand nak hentam gangster KL dgn gaya2 Assassins Creed dan menggunakan HMG dari rooftop sudah cukup membuktikan bahwa cerita ini bakal mengarut. Tepat sekali sangkaanku. Hero dimainkan oleh "adnan sempit" dan awek2 yang ada adalah "awek yong peng" dan "awek yang berlakon adamaya yang muka mcm jihad". Genre action-comedy dalam citer ini adalah sgt2 tak menjadi.. sepanjang menonton filem ni, aku asik tgk jam je tunggu bila nak abis.. aku nak pegi kelas kol 2.. aku rasa tulis review pasal movie ni pun mcm buang masa je... rageeee



"jangan tengok citer ni!!" kata seorang watak cliche

Altair ditangkap oleh awek yong peng yang berbadan sedap.


aku lah Altair sebenar.. 
Pros :

The car chase scene.. ini je la yg bagus dlm citer ni.. sbb jarang kita dpt tgk kereta langgar betul2 dlm movie tempatan.. biasanya akan langgar himpit-himpit mcm dihimpit kemiskinan ataupun eksiden ala2 laga pipi dengan awek semasa bercinta..

Cons:

Everything else.

Rating : 4.5/10.. 

Temubual dgn pelakon Kongsi

  
"Saya rasa muka saya takde macam muka Jihad" -Pelakon Adamaya yang muka mcm Jihad






4 comments:

Akue Syazwan said...

awek yong peng kaw2 du...
'meme r~~'

Anonymous said...

hampeh

maysix said...

LOL macam muke jihad.. haha..

confirm ke awek yong peng?? bukan pontian kechil?

zul a.k.a kingsix said...

haha aku tgk kat wiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...