Mimpi Aneh

Thursday, August 18, 2011

Bala tido time isya'

aku mimpi adehai pelik la.. rasa terus kene tulis kat blog

Alkisah cerita bermula dengan perjalanan satu bas pelajar dari uniten menuju ke Melaka. aku tak perasan la sape yg ada lagi dlm bas. tapi watak2 yang berkenaan akan aku mention disepanjang cerita.

Sesampai sahaja di Melaka Sentral (stesen bas), entah mcm mana aku bertiga (aku bedos tintong) telah terpisah dgn group UNITEN yang lain. tapi aku dengan confident nye berkata

"takpe, aku tau jalan alor gajah"

pastu kitorang pun pergi la alor gajah.. tiba2 je scene tengah jalan kaki kat jalan tanah merah kat kawasan felda muncul.. aku pun menapak la.. time tu aku tengok ramai jugak la orang.. ada yg naik beskal, ada yang naik moto.. aku juga perasan sorang macha budak kelas aku turut menaiki basikal.. tapi x sempat tegur dia terus je jalan.. (at least aku tau la aku kat jalan betul time tu).. orang kat situ siak ramai mcm ada event ape ntah dalam felda tu.. tapi aku risau gak aku tak nmpk budak uniten lain.. sume x kenal.. kadang2 tu aku ada nampak gajah..
ok.. abaikan..

pastu tiba2 aku tgh pikul tandan sawit.. emm.. ok.. layankan je.. sambil2 aku jalan dan memikul sawit tersebut, tiba aku perasan aku diekori oleh seekor badak

"wei pahal badak ni follow je?" aku bertanya

"buat rilek jer" ntah sape ntah jawab




pastu tiba langkah badak itu semakin lama semakin laju.. aku pun makin laju.. apabila dah terasa mcm panik, aku terus la lari sekuat hati..

"badak tu bau sawit tuuu!!" ntah sape ntah jerit

aku lari cuak gila.. betul laju badak ni.. dah la sawit ni berat.. pastu aku terus la campak la sawit tu ke tepi.. and then aku berlari zig zag.. saspen gila.. tp last berjaya melepaskan diri juga la.. haha..

patu tiba2 muncul seorang pakcik berkopiah

"korang patut nya jalan dengan gajah tadi.. badak tu takut dengan gajah" kata beliau

aku pun hanya mengangguk2 tanda setuju dan tidak mampu berkata apa2 kerana sgt kepenatan.. gila kau..
pastu aku pun mcm melepak je la tepi jalan sambil tunggu geng2 uniten lain

"budak uniten mesti ada gajah escort.. serik aku jalan tanpa gajah" kataku sendiri

akan tetapi aku tak nampak sekor pun budak yang kenal.. orang mmg ramai.. tapi mmg tak kenal.. makin lama makin pelik.. mula2 aku nampak orang menapak.. pastu aku nmpk geng2 motocross pulak lalu.. jap lagi aku nampak geng2 kereta solar pulak lalu.. ntah ape hal kereta solar jalan dalam felda aku pun tk tau..



tiba2, kami dihadiahkan sebuah sampan oleh orang yg lalu disitu.. nampak gaya mcm staff situ.. dia ckp

"kat depan tu ada sungai besar.. guna la sampan ni"

aku pun dah makin pelik.. hah sudah sampan pulak dahhh.. kami mengambil keputusan untuk tunggu lagi di situ bersama2 sampan yang baru diberikan

"aku rasa kita chow je la dari sini.. mcm pelik je tempat ni" kata ting tong

"tak boleh, nanti tak dapat sijil" jawab bedos

aku pula hanya mengangguk2 setuju dengan jawapan bedos.

Tiba-tiba tiba seorang lagi staff yang lalu disitu menegur kami dan bertanya

"apsal x jalan dik? berat ke sampan?"

dan aku pun terus la menerangkan situasi kami yang terpisah dgn group uniten

"o0oooooo unitenn.. ni adik dah terlepas dah ni.. kene patah balik.. ada satu simpang" ujar beliau

pantek tol.. penat menunggu.. rupa2 nya aku telah terlajak simpang sewaktu dikejar badak tadi.. kami pun patah  balik la..

sesampainya di simpang jalan yg sepatutnya, aku ternampak ada seorang awek melayu berbaju kebaya yg cun tp agak mcm dah akak2.. tapi still cun menunggu kedatangan kami di situ dan terus berkata


"ini ke 3 orang budak uniten yang tertinggal tadi?" secara ayu nye bertanya

kami hanya mengangguk

akak cantik itu kemudian nya bersorak

"alhamdulillah.. tahun ni sorang je mati" katanya dengan perasaan bangga.

kepala hotak dia la.. ini tempat apa ni..

akak cantik itu pula mengajak pergi ke rumahnya untuk memulakan briefing tentang kawasan tersebut.. ok layankan aja.. kat situ la baru aku nampak muka tengku hafiz dan dunca..


pastu aku ikut je la akak cantik tu.. tiba2, akak tu tebang pokok.. hah pulak dah akak ni..
habis tebang pokok tu, akak tu suruh aku merasa sampel batang pokok tu and teka rasa apa.. aku pun amik je la.. tapi pelik jugak la apsal dlm batang tu mcm lembik2.. pastu aku rasa la.. hmmm rasa mcm pengat pisang..

"ini pengat pisang kak!! saya orang melaka" tiba2 dunca bersuara.. hwkahwa

akak tu pula tiba2 berkata dangan suara lembut kepada ku.. (dah mcm cite romen plak)

"kalau u nak hisap rokok isap je la.. jangan segan2" ujarnya manja (tiba2 ber i u i u)

aku pun dengan tidak membuang masa menyalakan la rokok sebatang namun ditegur oleh tengku hafiz

"kau ni.. rumah orang.. respek la sikit.." katanya dalam nada marah

"akak cantik tu yang suruh" jawab aku selamba

"kalau mcm itu, aku pun jeles" ujarnya dengan penuh penyesalan

kemudian, ntah mcm mana tiba2 lawatan tu mcm nak berakhir.. aku pun berjalan la keluar kawasan itu.. tapi time ni aku berjalan dengan fariz aziz pula.. pastu jalan punya jalan, sampai la tol ayer keroh.. tiba2 kat situ fariz ckp..

"alamak, biasanya nye kat tol ni, kita kene buat exam.. diorang nak pastikan kita betul2 belajar daripada lawatan tadi"

aku dah.. INI DAH KENAPA LA PULAK DAH

pastu aku pegi je la kat tol tu.. jalan kaki rilek je

abang yang tol tu, dengan kalimah bismillah, menghulurkan kertas soalan ala-ala SPM kepada aku..

"exam ni mmg kene buat ke?" tanya aku dalam penuh kemalasan

"emmm.. x pyah pun takpe sebenarnya" jawab abg tu

hah... memang tak la.. aku pun terus chow dari kawasan itu dan tersedar dari tidur..

dan teringat..

demm.. aku ada exam esok kol 0900.. demm

bye

[iklan ikea] [iklan raya] [iklan nescafe]








6 comments:

charakuta said...

wahahahahha...gile random...dr badak ke akak cantek...ape kes...hahahhahaahhaa

usedfree said...

hkawkhakwkhawh....pengat pisang...lawak² mimpi ko

zul a.k.a kingsix said...

aku pun tak faham dow.. aku dah panggil ahli tafsir mimpi pun tak x dapat nak tafsir dah.. whakhwakhwa

askafnone said...

cilaka random...fenin aku bace...hahaha~ ko ngan wan lebey kurang jea...sntiase nk mimpi pelik....hahahha!~

zul a.k.a kingsix said...

hahaha.. aku terlalu pemikirkan masalah hidup kot.. keke

Anonymous said...

byk2 part x masok akal...
1. "tahun ni sorang je mati"
2. exam kt tol ayer keroh1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...