Showing posts with label tanpa otak. Show all posts
Showing posts with label tanpa otak. Show all posts

Monarchy of Doubts

Friday, February 3, 2012

for the sake of writing and self perseverance

bukan semua benda yg terlintas perlu ditulis


dan bukan semua benda yang tertulis, perlu dibaca


KAJANG, 3 February 2012, 5.07AM.

today might be the last day that i will spend here in my natural habitat.. atas tilam.. setelah seharian berhuru hara melayan drama korea, dan diakhiri dengan Running Man episode 79, aku dengan tidak sengaja telah terpasang lagu Twilight Solitude by Casiopea. and it struck. a seam of blood flow throughout my veins along with memories. meremang.

aku tak tau orang lain macam mana. tapi bagi aku, music dan memori adalah 2 perkara yang sgt bersangkut paut. itu pasal, kalau aku berjalan2 ke suatu tempat ataupun mengalam suatu situasi, aku suka ulang2 dengar lagu yang sama. supaya, in the future, kalau aku dengar lagu tu balik, aku secara automatic akan me-recall feeling itu balik secara. some are good, some are bad.

kenapa nak kena igt bad memories??


jawapan : supaya kepala benak anda tidak membuat kesilapan yang sama tatkala dikaburi realiti semasa

hambek ko. ayat BM kluar. subuh2 tak elok speaking bak kata orang tua.

kembali kepada topik lagu, aku dgn rela hati dan tidak dipaksa oleh mana2 NGO, ingin membuat senarai lagu2 yang telah selamat di embedded ke dalam hidup aku. 26 tahun hampir.

zaman kanak2:


aishah - janji manismu
lagu tema blue blink
lagu doreamon (mmg loser la sape yg tak tgk doremon)
gangsta paradise - coolio (dulu aku siak kene paksa dgn abg aku suruh hapal lagu ni.. imba)


zaman infest:


papa roach - last resort
seluruh album toxicity


lagu cinta pertama:


faye wong - eyes on me
grim - e
the calling -wherever you will go


ke-2:


3 doors down - here without you


ke-3:


MCR - im not okay


ke-4:


seluruh album dygta


ke-5:


agnes monica - cinta mati


ke-6


yngwie malmsteen - like an angel


current:


casiopea - twilight solitude


lagu2 time gaduh dgn awek:


butterfingers - chemistry
matchbook romance - goody in two shoes, surrender, singing bridges, say it like you mean it
soad - psycho
lagwagon - choke
dream theatre - love lies bleeding


lagu2 mengikut tempat:


gunung dato: dewa - kosong
jerangkang: gary moore - spanish guitar
tioman: once - dealova
pangkor: ella - aku kau dia
tls: queen -bohemian rhapsody
bintulu: white shoes and the couples company
matrix: lagu2 the gamits
atas batu dalam hutan: pink floyd - shine on you crazy diamond

dan banyak lagi sebenarnya.. haji malas nak pk dah..

aku penah terbaca, biasanya kalau orang tu bagi lagu maksudnya, orang tu sebenar beliau ingin menyampaikan message yg tidak terungkap oleh bibir, thus their hid it in the verse.. dengan harapan, orang yang dituju itu menDENGAR dan memahai msg tersebut..

namun begitu, berapa ramai orang kah yang sanggup mengambil masa untuk memahami lagu dan secara langsung memahami orang tersebut?

x ramai.

ramai yang hanya permukaan.

dont tell me u cant understand me while you are not even trying.

aku rasa kata2 bakal aku bakal menyentap sebahagian pihak, namun begitu aku merasa pihak tersebut tidak cukup memahami aku dan membaca segala yang tertulis di sini. pernah pulak kisah pasal aku.

dan bukan semua benda yang tertulis, perlu dibaca


aih tiba2 budak yang tidur sebelah aku ini membuat bunyi kunyah2 ketika tidur.. mimpi makan lagi la tu..
rupa2nya lama jugak aku stay kat kl ni.. aku masuk uniten tahun 2005.. klua jan 2012..tak macam 7 tahun la pulak.. dari duduk amanah, cindi, seskyen 8,TLS, dan akhirnya kat kenaria.. macam2 benda terjadi.. byk jugak kesilapan yang aku buat.. byk juga benda macho aku buat.. haha.. apa2 hal, konferm aku akan rindu sgala benda yang berlaku kat sini.. dan agak bertuah gak la last2 ending dpt kenal geng2 kenaria yang boleh masuk kepala.. emo la plak nak meninggalkan tmpt ni

eleh balik bp pun nak emo


pegi mati sama kau laaaaaa - ujar aku

kenapa la hidup manusia sangat tipikal.. grad.. kerja.. kumpul duit.. kawin.. jadi gemok.. dapat anak

aku selalu terpikir, aku ingin melarikan diri daripada norma kehidupan manusia tipikal..

so aku merancang : grad - jadi gemok - tidur

adohai otak dah tak betul.. skrg dah 5.54am.. elok lah aku tunggu sampai subuh masuk.. oayam pun dah berkokok.. orang ckp kalau ayam bunyi = nampak malaikat, anjing bunyi = nampak hantu... btol ke? hanya tuhan yang tahu..

sekali lagi si sapik sebelah aku membuat bunyi kunyah2.. aku rasa mcm nak record je.. sbb siang tadi aku ckp "wei ko tido mimpi makan" dia x percaya..

ok la sampai disini sahaja. terima kasih kalau anda berjaya baca sampai habis. aku macam biasa la.. mula2 aku nak buat cerita serious pasal hati dan perasaan, pastu halfway mesti aku sendiri yang jadi boring.. penat je aku pk tajuk yang stylo

nnt kan artikel pasal monarchy of doubt yang sebenar.. babai

salam

Mimpi Aneh

Thursday, August 18, 2011

Bala tido time isya'

aku mimpi adehai pelik la.. rasa terus kene tulis kat blog

Alkisah cerita bermula dengan perjalanan satu bas pelajar dari uniten menuju ke Melaka. aku tak perasan la sape yg ada lagi dlm bas. tapi watak2 yang berkenaan akan aku mention disepanjang cerita.

Sesampai sahaja di Melaka Sentral (stesen bas), entah mcm mana aku bertiga (aku bedos tintong) telah terpisah dgn group UNITEN yang lain. tapi aku dengan confident nye berkata

"takpe, aku tau jalan alor gajah"

pastu kitorang pun pergi la alor gajah.. tiba2 je scene tengah jalan kaki kat jalan tanah merah kat kawasan felda muncul.. aku pun menapak la.. time tu aku tengok ramai jugak la orang.. ada yg naik beskal, ada yang naik moto.. aku juga perasan sorang macha budak kelas aku turut menaiki basikal.. tapi x sempat tegur dia terus je jalan.. (at least aku tau la aku kat jalan betul time tu).. orang kat situ siak ramai mcm ada event ape ntah dalam felda tu.. tapi aku risau gak aku tak nmpk budak uniten lain.. sume x kenal.. kadang2 tu aku ada nampak gajah..
ok.. abaikan..

pastu tiba2 aku tgh pikul tandan sawit.. emm.. ok.. layankan je.. sambil2 aku jalan dan memikul sawit tersebut, tiba aku perasan aku diekori oleh seekor badak

"wei pahal badak ni follow je?" aku bertanya

"buat rilek jer" ntah sape ntah jawab


Post Tanpa Otak

Thursday, August 4, 2011

yer.. kali ni aku nak menggedik.. lepas tgk gambar gedik, lantas aku pun nak menggedik..

ape aku nak tulis ni?

bermulalah sebuah kisah, sang kancil dengan buaya.. tapi masalah nye buaya tu buat kerja tak siap.. asik tangguh je.. seumpana kuroneko no tangguh tangguh kerja.. apa? kamu tak faham? jangan khawatir.. post kali ini ditulis bukan untuk memberi pemahaman namun lebih kepada luahan peribadi seorang pari pari..

hah cantik skali.. beberapa saat lepas, aku sebenarnye tertutup window chrome ni.. mujur ada autosave.. kalau tak mmg malas aku nak taip balik..

ok kembali kepada perbincangan tadi, aku pegi 7E ada jumpa sorang awek ni comel. tapi muka masam. ok tu je

tadi berbuka aku memakan 2 bungkus nasi lemak singgit. ok la juga. sebab last 2 day aku dah tala nasi ambeng. nasi ambeng arge rm5 tp byk gila.. lepas makan sebungkus mesti aku tersandar seperti Fasha Sandha

fasha sandha


namun begitu, prinsip aku pada bulan puasa adalah, kebiasaan nye aku tidak membeli air di bazar ramadhan.. aku hanya menunggu kawan2 membeli dan aku dengan rela hati menyedut air2 yg telah disajikan.. backup plan paling kuat pun, aku ada beli kordial sirap.. bancuh dgn air sejuk.. setel masalah

tapi masalah nye, aku nak cari sirap pisang tak jumpa2.. aku punya la suka air ni.. tp susah betul nak jumpa.. dah mcm susah nak cari tenuk belang kat hutan.. x penah nye jumpa..

tenuk belang

sirap pisang yg eksklusif

berkisar pasal nasi ambeng, orang pun ramai tak tau nasi ambeng tu ape.. org rumah aku siap gelak dgr nama nasik ambeng dia dia mengatakan bahawa perkataan ambeng itu bermaksud sesuatu yang agak lucah..whakhwka

itu, saya tak tau.. saya hanya suka makan..

hanyalah spinggan nasi normal..

ambeng + katira + sup gearbox = batu pahat tipikal

"lu bp apsal lu x makan nasi bryani?" tanya seorang peminat

aku jawab soalan itu dgn "(sial aku takde idea)"

tak. serius takde idea. emm nasi brayani.. dari segi taste nye, aku agak dah salu dah makan.. tapi yg awesome nye kalau kat BP, best sbb harganya yg murah.. rm5 saja kambing


kalau kat KL ni dah membuak2 kene ketuk.. aritu member aku yang bernama Hafizul G.G Gunawan citer kat aku

"aku pergi makan kat bryani gam blkg uniten kene rm30"

ok kalau dah harga rm30, baik aku bukak 1 court badminton, 2jam.. selesai..

ape2 hal.. semoga smuanya selamat pada hari sabtu ini.. sabtu malam aku nak meliar macam kuda liar

Luahan perasaan

Monday, August 1, 2011

Tadi ada orang suruh menggunakan blog aku sebagai platform utk meluahkan perasaan

ok. aku luah ni.

1. tekak aku dari tadi sakit (sebab byk isap rokok) tp still nak isap lagi. x kebodoh ke namanya..
2. aku haus dan agak terbayang2 air katira dalam kepala.
3. dem kenapa la aku sebut air katira..
4. ok skrg dlm otak aku ada air katira je.. air katira kat kl ni susah nak cari.. ada yg sedap pun jual kat baza putrajaya.. bungkus kecik2 tp agak mahal.. tp tu je la yg plg hampir dgn katira bp
5. arini dah puasa boleh lak pk katira lebih
6. ok ni aku dah tak guna otak dah tulis
7. cepat2 luah
8. aku haus
9. bila nak gerak pegi sahur? nak sahur kat mana eh?
10. eh ini bukan perasaan.. ini fikiran
11. ok.. perasaan.. aku rasa gembira.. dan ackward.. eh camne eja acrward? arcwarcd arckward acrkward awkward? yes yg last tu betul
12. awkward sbb ape aku dah tak igt
13. hah, ok dah jumpa dah perasaan.. aku rasa risau keje fyp tak buat2 lagi.. demm.
14. ok risau dah menyelubungi diri.

bye

aku dapat merasakan bahawa aku bakal menyesal upload gambar ni

hidup dalam HD

Tuesday, July 19, 2011

hai.

saya host anda pagi hari ini, En Rustam. halo halo halo.

Disebabkan saya bertekad untuk menjadi blogger tetap, saya pagi-pagi telah bersedia untuk menulis.. tapi macam biasa lah, otak letak tepi.. sembur je ape nak sembur.. smlm saya tidur awal.. dah

Photography

Fotografi dan blogging sememangnya adalah dua element multimedia (MULTIMEDIA) yang tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya, secara tipikal, rata-rata blogger yang sama jumpa adalah merupakan juga sesorang yang suka mengambil gambar. (camera henset pun jadi).

Hal ini kerana, a typical blogger biasanya suka bercerita tentang hidup seharian mereka, sebagai contoh, mereka korek hidung dan akan akan menempelkan tahi hidung di meja, and then, SNAP! upload..
pastu keluar la camtu "this is my taik hidung~ cute kann?~~" ujar mereka.. hmm.. pegi mampus sama taik idung..

So, sebagai seorang blogger tipika;, saya ada camera yang canggih.. jauh lagi artistik berbanding LOMO ataupun LOBA LOBA.. saya menggunakan camera henpon.. Mari ikuti saya menyelami kehidupan saya dalam HD


contoh gambar HD daripada camera telefon aku

Secara jujurnya, aku hanya dapat mendetect muka Nasir dan seluar epi. yang lain semua berkabus macam kat genting. Almaklum lah, tingkat 4 kenaria berkabus. 

From overhang Empire Hotel punya tempat makan. Tempat cool, makanan biasa. Camera tetap kabur seperti biasa

mampus tak nampak apa2.


kat tempat jual roti kat giant. boleh kelihatan sosej atas roti tu telah dicuri. ini macam punya pencuri pun ada. curi la rotinye skali kok ye pun. ditinggalkan roti nye mcm tu je. kejam!

sini la tempat roti kene curi tu

anak kucing kat rumah bp. dah arwah dah pun. kene splet dgn kereta.

 dulu saya rajin masak di rumah. hey nasi nasi goreng hoi hoi

 portobello mushroom beef burger. daging cencang sendiri baii

mee hailam mee lakunis

 okay. gamba ini agak mistirus tp ini adalah gambar kipas USB duduk di atas kerusi. nmpk x? suatu ketika dulu kipas aku roskak, lantas kipas usb ini la yg meniup aku dikala tido. panas nak mam.

 ini pula adalah lontong goreng yang aku gembar gemburkan dalam post terdahulu. rupa2nya ramai gak orang x tau pasal lontong goreng. hah ni la dia. lontong yang digoreng.

 microfon aku sedang melakukan balancing act di buju meja. takde keje punya microfon.


Komen-komen daripada peminat tentang "hidup dalam HD"

"Saya selaku teraju utama dalam filem terbaru Syamsul Yusof ingin memberi.. eh.. ini interview apa ni? "

- Mohd Syazwan Latip [myname]
 "Emmmmmmmmm... not really no!!"
- Muhd Firdaus Tahir [beardos]
"It's been a while since last I came upon to an interesting blog as your blog, Mr.Zul.. I hope that you'll keep on posting more interesting and daring stuff onto your blog.. eh wait a sec.. are recording this? shit... Meowwww~"
-Abu al Usamah [Faiz yg bagi nama]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...