video untuk membuang masa

Tuesday, August 2, 2011

Rube goldberg FTW.

Info Ramadhan

Waktu Imsak/Berbuka Hari ke-2

Kuala Lumpur : 5.44 AM / 7.32 PM
Batu Pahat :      5.39 AM / 7.23 PM

Tempat lain cari sendiri... muahaha






Kucing Aneh Di Bulan Puasa

Monday, August 1, 2011

Selamat pulang dari terawikh

aku balik rumah, bukak utube, jumpa video ni first..
nasib baik aku bukan tgh minum air katirah.. kalau x mesti dah memancut lalu hidong

Sebelum korang play, cuba la teka apa yg kucing bakal lakukan.. konferm x dpt teka.. random ramadhan betul. whakhwakhwakhwkahw





dah macam ni dah

Sudut Mari Melahap: Air Katira

Salam
Dalam post aku yg sebelum ni, aku ada mention pasal air katira.. pastu rupa2nya ramai x tau pasal air ni.. masa awal2 dulu, aku biasa beli air ni kat pesta, batu pahat.. pastu mcm dah takde jual.. rupanya pindah kat tmn perdana.. so beli kat situ je la.. aku pun sebenarnya tak tau asal usul air ni mcm mana.. yg aku tau, dia sedap.. tapi makcik aku penah ckp air ni buat pakai kurma.. tak tau la betul ke aku kene game.. hahaha.. pastu aku cari recipe, jumpa la recipe lebih kurang begini:

gambar pinjam

Bahan-bahan:
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
S-kecendol
Kacang yg ditumbuk
Cincau
Kurma yang dah dihiris2 hati ku terhiris
air secukupnya

Bahan sirap hijau:
Gula (ikut suka manisnya)
sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

resipe di sebat dari Blog Norzailina. thanx

rajin nak buat? peha berat? beli sudah.. lokasi?

1. Bazar Putrajaya : cari tong polisterin.. ini je satu2 nye landmark yg aku boleh bagi.. pastu air nye bungkus kecik2.. takde campi dgn ais..
2. Batu Pahat : Pakcik kat corner bukit sebelum pintu gerbang taman bukit perdana. ha kat situ la. ini tip top champion punya.

dalam tong polistrin gini la

tempat lain kadang2 ada jugak jual.. tp DH la.. (DH=d'hambar)
jual dalam tong2 besar2.. rasa dia x piau sgt

"nak piau bancuh sendiri la dik oi" ujar akak ini

haha.. ada yang aku runner g putra jap lagi ni.. alang2 boleh cari kueh akok.. hoho
air dari johor,, kueh dari klate.. main dish pulak makan tapas dari sepanyol..
hahaawka
dunia...

ini pula kuih akok

Luahan perasaan

Tadi ada orang suruh menggunakan blog aku sebagai platform utk meluahkan perasaan

ok. aku luah ni.

1. tekak aku dari tadi sakit (sebab byk isap rokok) tp still nak isap lagi. x kebodoh ke namanya..
2. aku haus dan agak terbayang2 air katira dalam kepala.
3. dem kenapa la aku sebut air katira..
4. ok skrg dlm otak aku ada air katira je.. air katira kat kl ni susah nak cari.. ada yg sedap pun jual kat baza putrajaya.. bungkus kecik2 tp agak mahal.. tp tu je la yg plg hampir dgn katira bp
5. arini dah puasa boleh lak pk katira lebih
6. ok ni aku dah tak guna otak dah tulis
7. cepat2 luah
8. aku haus
9. bila nak gerak pegi sahur? nak sahur kat mana eh?
10. eh ini bukan perasaan.. ini fikiran
11. ok.. perasaan.. aku rasa gembira.. dan ackward.. eh camne eja acrward? arcwarcd arckward acrkward awkward? yes yg last tu betul
12. awkward sbb ape aku dah tak igt
13. hah, ok dah jumpa dah perasaan.. aku rasa risau keje fyp tak buat2 lagi.. demm.
14. ok risau dah menyelubungi diri.

bye

aku dapat merasakan bahawa aku bakal menyesal upload gambar ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...