Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts
Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts

Kisah Raja dan Pemuda Pemalas

Tuesday, February 28, 2012

ntah apa penyakit, saya pun tak tau tapi saban hari ku rasakan diriku ingin menjadi seorang panglipurlara..

takde kaitan. tapi gamba ni gamba tipikal cerita dondeng.

mari kita berseloka dengan kisah dondeng seterusnya.. (bukan cerita aku tapi aku nak cerita jugak)

Alkisah pada suatu hari yang hambar, Sultan Atan sedang rilek2 di dalam istananya yang boleh tahan hambarnya. Seraya baginda bertitah kepada perdana menteri, Ajib (bukan Najib haa)

"Jib, patik bosan la hari ini.. takde plan menarik ke? Skv mau?" ujar baginda

"Takde la bos, budak-budak semua sibuk buat progress report 3.. patik dah roger tpi semua kata malas" jawab Ajib sambil menggaru-garu lutut kirinya.

"Aduihh munggek.. Wan pulak dah balik KL.." rungut baginda penuh kekecewaan

"Haa.. Patik ada satu idea menarik" ujar baginda

"Mana? BBQ genting? Gym?" tanya Ajib yang penuh curiosity.

"Kepala pundek ko.. Bukan begitu wahai Ajib.. Patik mahu kamu pusing ke seluruh negeri, dan carikan patik pemuda yang paling pemalas" titahnya

"Betul dah takde reje dah orang tua ni" bisik Ajib dalam hati.

"BAIK BOSS" teriak Ajib

Setelah beberapa hari mengembara ke serata negeri, Ajib telah kembali ke istana sri hambar.

"Daulat Tuanku. Di depan tuanku ingin patik sembahkan 3 orang makhluk yang menggelar diri mereka pemalas wahai bos." kata Ajib sambil duduk mengadap yang mcm kita biasa tgk tu.

"Baguh demo baguh. Wahai pemuda-pemuda pemalas, please briefly introduce yourself and explain betapa pemalas nye kamu."

Pemuda Pertama:

"Daulat Tuanku. Nama hamba Syafiq, tapi teman-teman biasa panggil Zack. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zack dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Hamba rasa hamba paling pemalas adalah kerana, walaupun masih dikurniakan dengan tangan yang tegap dan elok, hamba masih mengupah orang untuk menyuapkan hamba ketika makan. That's all." ujar pemuda 1.

"Hurmmm.. boleh tahan pemalas... tp aku rasa mcm perli aku pun ada.. NEXT!!!" titah baginda.

Pemuda 2.


"Daulat Tuanku. Nama hamba Syaiqul, tapi teman-teman biasa panggil Zamri. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zamri dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Saya rasa saya adalah paling pemalas adalah sebab sebagai seorang penulis blog, saya hanya meng copy paste perenggan dari pemuda 1 untuk dijadikan cerita di sini. sebab saya dah malas nak tulis ayat sama."

"Oohhh.. pemalas mmg pemalas.. tp awak brilliant" jawab Raja (ke sultan) secara spontan tanpa berfikir.

Pemuda 3


"Daulat Tuanku. Nama hamba Pemuda 3, tapi teman-teman biasa panggil Zami. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zami dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Gua nak citer pun malas" jawab Zami.

"Motherruuuuuuuuuu.. bangsat punya pemuda" ujar Raja sambil ketawa.

Maka Zami telah di hukum penggal kepala dengan menggunakan ketam.

sekian kisah daripada saya. awal2 rajin. skrg dah malas. aaaaaaaaaa

Kisah Bangau Dan Ketam

Monday, February 27, 2012

haji bangau

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.


Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata

"Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?".

Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini."

"Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak.

"Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun".

Bangau menyambung lagi
"Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati."

Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?"

Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju."

"Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya.

Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang."

"Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ.

"Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya.

Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau."

Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini? Aku rasa, sebenarnya engkau membawa aku kemari adalah untuk membunuh aku, betul tidak?"

Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Tekaan engkau memang tepat sekali wahai ketam. Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku."

Dengan perasaan marah ketam berkata " Thank you for your honesty. Now fuck off and die!" sambil menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan leher bangau itu putus di tempat kejadian.

FIN

ini ketam kayu 

moral: jangan ingat ketam tak pandai speaking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...