selamat tahun baru

Tuesday, May 28, 2013

ok. selamat tahun baru 2013. aku buat pertama kali dlm tahun ni. baru nak post. ramai yang tanya aku (x ramai pun suicha sorang je)

kenapa lama x tulis blog?

jawapan aku cukup mudah.

sebab aku xde meja...

btol dow.. cukup seksa skrg ni pc atas lantai.. nak menyiarap lama2 tengkuk sakit da pastur tgn sgt x best.. nak main game pun aku terpksa main guna gamepad..

selebihnya aku hanya terbaring atas tilam sambil memegang mouse wireless utk lyn 9gag dan running man.. lemah..

skrg ni pun aku saje try nk mnulis guna enpon.. agak kekok juga krn kelajuan menaip menurun agak drastik.. byk kali juga aku padam balik sbb typo.. ok cuba try x padam...

padam taip laju2. aku dktg ninky opis sdg berpura bz dambil menolong wak dsn matyi rework... hati2 pun sama.. taip x feel plk taip cmbi.. nk wat vmbe.. klu guna kibot sakit tengkok.. huay hal betul la..

amcam?

macam siiaallll

bye

try try

Tuesday, May 29, 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu Yang Hilang

Cinta Datang Jangan Dipaksa

Monday, March 26, 2012

itu adalah lagu di popularkan oleh hattan. ke ari ariwatan. ke orang lain entah aku pun tak tau.
aku pun tak tau apsal aku tiba2 menulis kali ni. tengah2 main game batman tadi, aku rasa serabut pulak tgk puzzle dia.

lantas, aku keluar ke window, mencari benda2 baru utk dilayan. tp yg suwey nye, drama korea yg aku biasa layan tu dah habis la pulak. so skrg ni aku terasa mcm takde life. dah la citer tu hero semua mati. barua besar. tap x sebarua citer bassilisk la. itu semua watak mati? apa x tgk lagi? sorry la spoiler

hidup tanpa wayar telah membuatkan hidup aku semakin malaas. mouse keybord joystick wireless telah membuat aku hanya statik dlm kdudukan berbaring sepanjang hari, sungguh praktikal tenkologi sekarang ini, tp sayang ye peti sejuk agak jauh di dapur. teringat pula cokelat daim yang masih byk lagi belum dimakan. makan sampai sakit gigi.

jikalau dulu aku mcm benci dgn nyamuk kok skrg ini aku sudah tidak kisah lagi. kerana nyamuk datang jangan dipaksa.

wtf

Tioman Checklist

Friday, March 9, 2012

tumpang posting kat sini.. ini adalah senarai beberapa barang yang perlu dibawa ketika berjalan2 di pulau



BASIC PERSONAL ITEM

1. beg pakaian (make sure yang senang bawak)
2. beberapa pasang pakaian termasuk pakaian mandi
3. sanitary item (sabun, berus gigi, dan rakan2)
4. sleeping bag (optional tp kalau ada lagi bagus)
5. torchlight utk nightwalk (optional)
6. insect repellent (wajib)
7. sun block spf tinggi water proof (wajib juga)
8. spek itam untuk berlagak
9. camera


note:

a. baju mandi prefer bawak lengan panjang untuk mengelakkan diri digigit serangga laut
b. jgn bawa baju terlalu banyak
c. extra cash kena ada. at least sorang rm250 sbb situ takde ATM.
d. kalau ada beg yang water proof lagi cantik

FOOD PROVISION

disebabkan makan dan minum x termasuk dlm pakej, kita kene makan/masak sendiri makanan.
nnt kimi bawak dapur kecik ni. boleh nak nak masak geli2. nak bawak periuk nasi mcm x practical plak.

antara makanan yg boleh/senang dibawa

1. maggi
2. roti gardenia
3. segalan macam makanan dalam tin
4. milo 3 in 1 utk dinikmati ditepian pantai.
5. telur telur tu da da da

FLOW PLAN

ISNIN 11 MAC

agak2 petang tu kot nnt kimi turun jb. stay kat umah de.

SELASA 12 MAC

0700 - lepas subuh berkumpul kat umah de. check2 barang
0800 - gerak ke mersing
1030 - sampai kat jeti mersing. claim tiket.
1130 - naik feri
1230 - sampai ke destinasi
1300 - aktiviti bebas, makan tgh hari
1600 - water confident excersice
2000 - makan

pastu suka hati

RABU 13 MAC

0830 - breakfasat
0900 - standy utk pusing pulau
1000 - PUSING SATU PULAUUUU!!!!!! (jgn lupa bawak makanan, minuman, and cash)
1700 - balik ke resort

KHAMIS 14 MAC

1130 - checkout bilik
1200 - naik feri ke jeti utk pulang ke kampung halaman


note:

a. harga sewa utk alatan snorkelling adalah lebih kurang rm20/day
b. harga sewa boat utk round trip ada la lebih kurang rm100/person. 

ni je la kot benda yg terfikir buat masa ni. ada apa2 nnt kimi bagitau. sebarang pertanyaan boleh la bertanya terus kepada saya di talian 999.

-zul hakimi



Kisah Raja dan Pemuda Pemalas

Tuesday, February 28, 2012

ntah apa penyakit, saya pun tak tau tapi saban hari ku rasakan diriku ingin menjadi seorang panglipurlara..

takde kaitan. tapi gamba ni gamba tipikal cerita dondeng.

mari kita berseloka dengan kisah dondeng seterusnya.. (bukan cerita aku tapi aku nak cerita jugak)

Alkisah pada suatu hari yang hambar, Sultan Atan sedang rilek2 di dalam istananya yang boleh tahan hambarnya. Seraya baginda bertitah kepada perdana menteri, Ajib (bukan Najib haa)

"Jib, patik bosan la hari ini.. takde plan menarik ke? Skv mau?" ujar baginda

"Takde la bos, budak-budak semua sibuk buat progress report 3.. patik dah roger tpi semua kata malas" jawab Ajib sambil menggaru-garu lutut kirinya.

"Aduihh munggek.. Wan pulak dah balik KL.." rungut baginda penuh kekecewaan

"Haa.. Patik ada satu idea menarik" ujar baginda

"Mana? BBQ genting? Gym?" tanya Ajib yang penuh curiosity.

"Kepala pundek ko.. Bukan begitu wahai Ajib.. Patik mahu kamu pusing ke seluruh negeri, dan carikan patik pemuda yang paling pemalas" titahnya

"Betul dah takde reje dah orang tua ni" bisik Ajib dalam hati.

"BAIK BOSS" teriak Ajib

Setelah beberapa hari mengembara ke serata negeri, Ajib telah kembali ke istana sri hambar.

"Daulat Tuanku. Di depan tuanku ingin patik sembahkan 3 orang makhluk yang menggelar diri mereka pemalas wahai bos." kata Ajib sambil duduk mengadap yang mcm kita biasa tgk tu.

"Baguh demo baguh. Wahai pemuda-pemuda pemalas, please briefly introduce yourself and explain betapa pemalas nye kamu."

Pemuda Pertama:

"Daulat Tuanku. Nama hamba Syafiq, tapi teman-teman biasa panggil Zack. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zack dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Hamba rasa hamba paling pemalas adalah kerana, walaupun masih dikurniakan dengan tangan yang tegap dan elok, hamba masih mengupah orang untuk menyuapkan hamba ketika makan. That's all." ujar pemuda 1.

"Hurmmm.. boleh tahan pemalas... tp aku rasa mcm perli aku pun ada.. NEXT!!!" titah baginda.

Pemuda 2.


"Daulat Tuanku. Nama hamba Syaiqul, tapi teman-teman biasa panggil Zamri. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zamri dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Saya rasa saya adalah paling pemalas adalah sebab sebagai seorang penulis blog, saya hanya meng copy paste perenggan dari pemuda 1 untuk dijadikan cerita di sini. sebab saya dah malas nak tulis ayat sama."

"Oohhh.. pemalas mmg pemalas.. tp awak brilliant" jawab Raja (ke sultan) secara spontan tanpa berfikir.

Pemuda 3


"Daulat Tuanku. Nama hamba Pemuda 3, tapi teman-teman biasa panggil Zami. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zami dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Gua nak citer pun malas" jawab Zami.

"Motherruuuuuuuuuu.. bangsat punya pemuda" ujar Raja sambil ketawa.

Maka Zami telah di hukum penggal kepala dengan menggunakan ketam.

sekian kisah daripada saya. awal2 rajin. skrg dah malas. aaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...