bapak ah.
arini aku sakit tekak gila2. batuk je keje nye.
dalam masa 2-3 hari ni aku telah membuka peluang kepada pembaca untuk menanyakan soalan-soalan random kepada aku.. untuk apa? saja untuk membuat posting.. ini adalah antara soalan2 yang sempat saya kumpul dan dijawab..
1. Apakah "Malaysia" pada kaca mata Zimbabwe?
Sebagai seorang rakyat Malaysia, sesungguhnya saya pun tidak mengerti perasaan sebenar seorang rakyat Zimbabwe terhadap Malaysia. Pada tarikh 4 August 2011 saya telah berkunjung ke kedutaan rasmi Zimbabwe di Kuala Lumpur namun saya telah dihalau keluar kerana saya memakai seluar pendek dan selipar jepun. Akan tetapi, hakikat sebenarnya adalah saya tidak memakai selipar jepun. Saya memakai selipar Bowling kepunyaan bapa saya (cerita benar). Kita tutup kisah Zimbabwe kali ini dengan tayangan bola sepak Malaysia menentang Zimbabwe
2. Kenapa perempuan lebih suka mencari calon suami yang berkerja sebagai "engineer"?
Soalan kali ini datangnya dari seorang peminat setia yang perempuan. Suka mencari calon suami yang berkerja sebagai engineer adalah satu topik yang general pada padangan saya. Sebenarnya, tiada sebarang limatasi (boleh ke translate mcm ni) dalam soal memilih calon suami kerana persoalan cinta dan jodoh adalah suatu perkara yang liberal. Terjadinya satu stigma dimana perempuan cenderung memilih suami engineer adalah kerana faktor pengaruh iklan-iklan di televisyen tempatan yang sering menggambarkan engineer sebagai seorang lelaki yang macho, segak dan berduit banyak. Ditambah lagi dengan "geng2 yang dah kawin dgn engineer" yang sering menggembar-gemburkan kehebatan suami masing2.
"Laki belikan I ada LAPAN peti sejuk" ayat2 contoh yang sering didengar
sesungguhnya, anda telah ditipu.


