Kisah Universal Studios SIngapore

Sunday, September 11, 2011

salam dan selamat pukul 330 pagi..

sebelum saya memulakan kata pada pagi ini, ingin saya memohon maaf kerana lama tidak mengepost entri2 yang menarik yang mcm ada taip2 panjang2 sikit.

asyik asyik asyik upload video je.. dah takda idea ke kawan?


sebenarnya bukan begitu wahai sahabatku.. antara faktor terbesar sekali yang menghindar aku daripada menaip panjang2 di depan pc adalah kerana mata aku silau.. tak nmpk tolesan kecik..

apsal tak pakai spec?


sebab spec aku dalam kereta. aku asik terlupa je nak bawak naik atas. muahahahhaha

ok dah mcm nak melarat, baik lah aku terus ke tajuk perbincangan kita pada hari ini.. ape eh? review?
rajin pulak aku nak buat review.. cite sket2 boleh la..


masa haritu, tarikh bila aku tak igt, tp yg aku pasti haritu adalah 2 Syawal sbb time tu ariraya kedua, aku, atie, bojor, vin dan amsyar telah bercuti ke taman tema UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE.. hahaha orang lain beraya g umah sedara, aku g taman tema.. hahaha.. saja nak mencari kelainan..


setelah hari raya pertamaku dipenuhi dengan tidur yang berlebihan, aku telah bertekad untuk tidak mensia2kan hari raya yang berikutnya.. maka.. aku ke singapore.. (bapak mcm takde efek je).. pagi tu aku kluar umah dalam pokol 10.. sebenar mcm agak lambat sbb mula2 abg aku plan nak masuk park kol 10 sbb katanya time kol 10 x ramai orang so takyah nak beratur sgt.. tp ape boleh buat.. tido itu indah.. so pagi tu kol 10 kluar dari umah.. g tapau sarapan kat McD and then pegi tukau duit asing.. sendal gak pagi tu nak cari tempat tuka duit sbb byk pengurup wang berlesen tutup pada hari tu.. maka makin lambat laa nak masuk spore.. hurm..

kau ni nak buat review ke nak cerita kisah perjalanan kau?

ok pastu tup tap pup pap ting tong cip cap kami pun sampai la kat pulau sentosa (cerita komik mmg mudah)

parking kereta dia kat area underground.. parking tak payah risau la.. coz there's plenty of parking spaces provided there.. they even provide the visitor with shuttle cars to pick them from their parking spot and drop them at the entrance gate ( or hole) because the parking lot is quite big..  later,  we a greeted with this view.. a divine sunlight!!

bukan hakmilik aku

amacam? ada hen hao?

this is the escalator which brought us up to the upper level where the iconic universal studio's globe yang berasap is located. the ticket sales booth are situated nearby this globe..

the iconic globe

the first thing that came upon my mind is, ehem2 excuse my language..

TENGKORAK BAPAK DIA PANAS LA SIOT~

somehow the effect of direct sunlight upon the newly paved concrete had bring me back to the reminiscence of PUTRAJAYA during the early day.. bahang camsi.. it is lucky that i wear a t-shirt and shirt that day.. if not, im sure that more foul words will utter from my mouth..

and the 2nd thing i nampak is..

[klik disni untuk membaca kisah seterusnya]



AMOI KEPANASAN.. WAHHHAHA~~


"silau la bang" ujar beliau

whakwhak.. mmg sampai situ.. adalah sangat bahang dan sangat silau.. tapi dikiri kanan aku hanya dapat memerhatikan begitu ramai amoi.. kebanyakkan nya bercermin mata hitam dan berseluar pendek... tapi kerana ingin menjaga mata, aku hanya tgk lantai sahaja.. sungguh mulia pekerti ku..

tapi masa aku beratur kat entrance aku ternmpk seorang amoi yang muka dia mcm cecelia cheung.. comel juga.. demm.. ni nak review park ke nak review amoi.. khakwhakwhak

Cecelia Cheung

ok la.. aku series2 la tulis.. akan menulis ikut urutan ape benda yang aku main..

layout park ni


watak-watak yang terlibat (bojo tukang amik gambo)

1) Faraway Land : Shrek 4D Show


4D show ni sebenarnya adalah mcm wayang 3D + 1D iaitu kerusi yang bergerak.. kalau sape2 yang penah pegi genting zaman dahulu, benda ni lebih kurang sama mcm Motion Monster la.. kerusi yang kita duduk tu agak2 bergerak2 ikut benda yang dia tayang tu untuk menambahkan feel dan ke'real'an movie tersebut.. ada juga beberapa kejutan lain but i wont spoil it to you. just try it yourself. i think this show is suitable for all ages (kot) but somehow ada budak kecik sebelah aku nangis.. mmg noob.. hkawhka..oleh kerana show ini adalah hiburan seisi keluarga, maka line beratur nye pun boleh tahan juga la panjang nya.. haa.. tula yg tak best.. beratur panjang.. dari segi showtime length, aku rasa puas hati la.. takde la pendek sgt x panjang sgt.. just nice la.. kang kalau lama sgt beratur makin meraban pula panjang..

2) Waterworld


Waterworld ni pulak adalah stageshow dimana ia akan ditayangkan mengikut masa2 yang tertentu.. 12pm 3pm 5pm kot.. camtu la.. dia ada showtime nye sendiri.. stage untuk WW ni merupakan satu kolam yang besar patu ada la stage2 dan crane dan manifold sepertimana yang kita nampak dalam filem Waterworld.. Mmg show ini adalah adaptasi direct dari filem tersebut.. kalau tak tgk citer tu, better tgk dulu.. baru ada FEEL.. tgk show ni lebih kurang mcm tgk theater la but with more action, effect and letupan!! haha.. tak digalakkan sangat utk orang yang ada sakit jantung dan budak kecik.. anak buah aku pun terkejut2 tgk benda letup.. overall show ni fun la jugak.. sbb pelakon2 ni pandai interaksi dgn audience.. pastu lagi satu sape yg duduk dow depan2 mmg standby je la kene air.. haha

c) The Mummy Ride


belum apa2, tiba2 akak ipar aku cakap "try la ni... biasa2 je ride ni.. fun la.. indoor ride" dan lantas membuatkan aku tidak sedap hati kerana terasa diri dikenceng.. time ni akak ipar aku tunggu kat luar jaga amsyar (anak buah aku).. dan aku bertiga je yang main benda ni.. pastu bila abg aku suh tinggalkan semua barang such as wallet, jam , spec kat luar, mmg konferm la aku rasa ride ni mesti gampang.. pastu masuk la.. beratur kan sini pun boleh tahan jugak panjang nya.. tapi not bad la.. sebab beratur indoor dan ada aircond.. cuma ter"paksa" la beratur berhimpit dgn amoi2.. buahaha.. about the ride, well it is new and exciting experience.. agak random dan tak disangka.. WAJIB TRY

d) Battlestar Galactica


Ride ini merangkumi 2 roller coaster sebenarnya.. ada 2 side.. which is Cylon and Human..
Cylon (biru) adalah roller coaster kaki juntai dan anda akan tunggang terbalik semasa perjalanan.. Human (merah) pula roller coaster yang ada lantai, tapi dia takd full body lock.. dia just lock pinggang ke bawah je la (kalau cylon full body support).. mana lagi best? bak kata bojo, dua2 ride ni ada seram nye masing2.. cylon seram sbb dia tunggang terbalik manakala human pulak seriau sbb rasa nak tercampak je muahaha.. dua2 ride ni tak ramai sangat yang main, so bratur tak la panjang sgt.. aku rasa x ramai sbb orang cuak kot nak main? err.. tapi bagi aku dua2 ride adalah SANGAT WAJIB KENE TRY!! sbb aku rasa ride ni la yang paling market kat sini.. kalau boleh naik la 10 round.. kasi balik modal.. haa pastu lagi, masa aku tgh beratur, aku sempat bertegur sapa dgn seorang awek jakarta yang berjalan2 seorang diri yang kelihatan sgt blur dan cute.. wawawawawawawa

gambar hiasan

gambar sewaktu bermain side Human.. bangsat juga..

e) Light Camera Action By Speilberg


emmm.. ini pun lebih kurang macam waterworld.. tapi dia tak guna pelakon.. pengunjung akan dibawa masuk ke dalam satu amplitheater dimana set situ menggambarkan suasata mcm kat dalam dock kapal.. the main show adalah, diorang nak tunjukkan konon2 ada effect ribut melanda tempat tu.. ada gak la letup2 sket.. angin betiup2 dan lain2 effect.. secara jujur, takde la WOW sgt tp not bad la.. alang dah bayar, tgk sudeh..

the end


haa tu je la ride yg aku aku try.. apsal tak main yg lain.. sbb tak cukup masa.. sbb time kau pegi tu agak ramai  laa orang.. so masa byk abis beratur je.. antara yang aku tak try adalah monsters show, madagascar, jurassic park (ni sbb dia tgh maintainance).. hurmm.. eh lupa nak cerita.. tiket masuk adalah $66 dan kalau anda malas nak beratur boleh la membeli tiket express $99 (kot) supaya tak perlu la beratur panjang2.. tiket aku hari itu telah dipayung oleh abang aku, encik potjor..

Miscellenous (konferm salah eja) Tips

1. Makan/minum. 

makan dan minum adalah agak mahal disini.. standard la.. kalau dah kat sunway pun kene ketuk, ape ntah lagi kat sini.. muahaha.. menurut veen (akak ipar), makan yang ok boleh didapati depan The Mummy punya entrance.. kat situ ada satu food court ala2 arabia.. aritu aku telah memakan nasi bryani yang not bad dengan harga $12.. haa kira sendiri.. pastu untuk air, kitorang telah membeli tumbler universal studio dgn harga $15 and utk refill hanya $2 sahaja.. so kalau dah ada tumbler ni, next time datang tak pyh beli lagi.. just refill je.. saving sket..

berposing di foodcourt

2. Rokok

tempat merokok ada disediakan diserata park. so kalau nak berasap kene la usya map, cari la kat map. ada byk juga la port2 disediakan

3. Solat

harap maaf la surau tidak disediakan. so kene prepare la bawak sejadah siap2.. macam aku haritu aku amik air smyg kat toilet pastu aku pegi kat celah2 bangunan yang agak2 takde orang, bentang, smyg. setel..
ini aku ada attach gambar port yang strategic utk bentang sejadah.. takde orang lalu lalang



p/s: aku aritu takde camera time pegi sana.. mmg hambar.. ada ipad je.. tu pun gambar tak berapa nak clear.. aku plan next year nak pegi lagi.. JOM!!!!!


click our sponsors if you like this post. thank you and selamat hari raya :)
[iklan ikea][iklan raya][iklan nescafe][iklan bb][iklan maxis]

3 comments:

akue said...

next year jommm!!!

charakuta said...

next year aku join...

eUphoRia lady said...

Huwaaaa..... nak pegi gak!!!! Jom!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...