Selamat Hari Raya

Tuesday, August 30, 2011

salam.

sebelum membaca semua ini, sila play lagu ini



hahaha.. tiba2 aku suka pulak dgr lagu elite ni.. macam kanak kanak riang. haha.

sungguh lengang blog dan fb tatkala muncul hari raya. yang adalah beberapa orang manusia yang online untuk mengecheck notification di fb. itu pun sekejap sahaja.

 mungkin sibuk melayan kerenah sanak saudara, melayan anak buah bermain bunga api, bermakan-makan dengan famili, ataupun sedang beryamseng dengan sahabat handai di kedai-kedai mamak.

maklumlah, time2 raya ni mana ada sgt kedai melayu nak bukak. yang pun hanyalah mapley yang setia, kerana pada pendapat aku, mapley mmg tak amik port pasal raya.

roti ada.
goreng-goreng ada.

raya kali ini agak berlainan suasana dengan raya yang sebelumnya kerana kali ini, aku beraya 100 juta batu jauh dari kampung halaman (penipu). dan aku dilanda selsema teruk. tak pernah aku beraya dalam keadaan selsema. apa mau bikin..

aku baru sahaja selesai menolong akak ipar aku mengecat dinding ruang tamu rumahnya kerana dinding itu telah menjadi canvas bagi anak buah aku. dah mcm picasso. haha. aku bantai je cat. skali bila dah kering nampak pulak capok capok. sakit betul hati aku. ikut hati aku rasa mcm nak 2nd coat lagi. tapi vin(akak ipar aku) ckp takpe. so aku mandi.

lepas mandi, aku baru perasan rupanya ada cat kering melekat di tapak kaki. pulak dah.

benda macam ini pun kau nak cerita ka?

haha, mana aku tau. kalau diikutkan perasaan, nak aje aku tido. tapi kang nnt aku terlajak x pegi semayang raya pula. haha. lagipun susah menjadi kelaziman kepada aku untuk stay up pada malam raya dan kemudiannya membantai tido selepas pulang solat hari raya. pastu bangun kol 3. pastu mencarut
"bapak bosan raya." hoh


hummm..

selepas pemergian arwah atuk dan nenek aku pada tahun 2004, aku rasa kemeriahan raya telah berkurang dengan drastiknya. tiba-tiba mcm kehilangan rendezvous point. dah mcm takde nak gather2 sgt satu family besar. tapi setiap kali raya, yang konferm akan melepak sekali adalah family aku, mokde, dan mokus aku..
tadi aku berbuka puasa kat umah moksu aku.. walaupun deria rasa aku hampir mencecah efficiency 0.00, tapi aku masih dapat merasakan bahawa makanan2 yang terhidang tadi adalah sedap...

hummm..

entah lah. bagi aku (dan aku raya bagi kebanyakan orang juga), keriangan aidilfitri adalah paling dirasai ketika waktu budak budak. time kecik, hari raya adalah waktu yang paling heaven.. aku ingat lagi, masa aku kecik2 dulu, nanti aku akan bermalam kat rumah nenek aku kat semerah sekali dengan adik beradik aku. mak abah aku biasa drop kitorang je, sbb mak aku nak kemas rumah aku kat taman broleh. kalau aku ada, macam semak je nak mengemas.. so aku dicampak la ke rumah nenek aku pada malam raya.. hahaha.. benda yang aku igt lagi time kat kampung tu adalah pelita

yeahh pelita..

pok teh aku dulu rajin memasang pelita kat depan rumah, and kalau ada stok mercun, nnt kitorang akan fight dengan rumah sebelah. zaman tu aku rasa ramai jugak rumah yang pasang pelita. sepanjang jalan semerah-bandar bp, aku dgn akak aku biasanya aku kira berapa rumah yang pasang pelita.. x silap aku time tu aku kira mcm byk gak la.. skrg ni dah x banyak mcm dulu.. skrg dah pakai lampu lip lap je. eco friendly with no CO emission gitu. haha gasak kau la

lagi aku ingat, nenek aku penah ajar anyam ketupat.. tp smpai skrg aku x faham lagi konsep anyaman ketupat. kalau anyam ketupat nona aku tau la. haha. time malam raya, biasanya kalau dah kol 1 tu dah kira lewat dah tu.. so semua orang akan tido bersepah2. aku paling suka tido kat karpet ijau kat ruang tamu umah nenek aku. ntah mana ntah karpet tu skrg.

rumah nenek aku kat blkg surau je.. so aku mmg santai la takde nye nak rushing2 g smyg.. eh tapi aku rasa time tu aku mcm x reti smyg raya lagi je.. haha.. orang sibuk pegi surau, aku FM (following macha) aja..haha

lepas habis smyg raya, umah nenek aku mesti kene serbu nye dgn ramai orang (biasala rumah orang tua) ramai gak la yang dari surau terus singgah.. so kebiasaan nye, dari pagi raya sampai ke petang, family aku hanya akan standby sahaja kat rumah nenek aku.. pastu ada laa orang2 datang.. kalau ada rezeki, dapat la jugak duit raya tanpa keluar beraya.. janji kene rajin salam orang la tapi.. haha

malam 1st raya aku akan balik rumah ke taman broleh.. aku paling suka time ni, sbb everytime aku balik rumah time ni, aku rasa rumah aku mcm rumah orang lain (cantik semacam) pastu lampu kaler2 akan dipasang di depan rumah aku lantas menambahkan semangat raya.. dulu kat depan rumah aku ada lampu kaler2,, biasa bapak aku akang bagi pasang time raya je.. kalau pasang time2 lain nnt kene marah sbb bazir karen.. so, every bit of illumination from the colorful lamps are highly appreciated.. dengan lampu pun boleh kagum.. sungguh kurang matang..

eh macam panjang pulak dah aku tulis.. sebenar nya macam nak tulis ucapan hari raya je.. tau2 dah meleret.. adoii selsema....

lagi benda yang best pasal taman broleh dulu adalah marhaban.. time marbahan adalah time yang paling happening.. biasanya kat taman tu, marhaban akan dibuat ikut jalan, kalau malam tu kat jalan umah aku, mmg hujung sampai ke hujung la.. (jalan umah aku dulu namanya jalan tenggiling haha) and time tu, satu row jalan tu akan memasang lampu yang cantik yang boleh dipasang.. so suasana tu akan menjadi lively dan sgt2 ceria

aku biasa ikut marhaban ada 2 reason.. first nak duit raya.. and second, adalah untuk berebut makanan.. bukan nak makan, tapi nak BEREBUT makanan.. haha.. padahal takde la nak makan mana.. tapi bila tgk budak2 lain sume berebut, mesti mau berebut gak.. haha.. kalau tuan rumah tu sediakan sate, hah memang menjadi2 la perangai.. standard time marhaban aku akan pakai baju melayu, so mmg takde hal, takyah plastik2, aku akan genggam je sate 10 batang letak je dalam kocek.. hahaha memang selebet.. kalau boleh tuang kuah kacang skali, aku rasa mmg aku tuang skali.. habis berminyak kocek baju melayu aku.. whkaha

bila habis marhaban, biasanya aku akan lepak ngan member, and compare2 siapa dapat collect makanan paling banyak... hahaha.. pastu makan sikit, pastu bawak balik umah.. sambil nak jalan antara rumah ke rumah, biasanya aku ngan member aku pun akan sempat bermain mercun.. tp biasanya kitorang akan rushing supaya dapat posisi yang paling strategik didepan meja.. (kalau orang tua dah rapat ngan sate, susah nak shoot)

tapi ada satu kejadian kelakar la yang aku penah tgk.. time tu kat jalan singa.. rumah siapa aku tak ingat la.. tapi ada sorang budak ni.. dia ni mcm baru2 gak laa nak follow marhaban, so mcm culture shock gak la.. time marhaban start dia mmg dah start rapat gila dgn meja.. marhaban start dgn berzanzi.. pastu diiringi bacaan doa.. ha kalau dah baca doa ni, orang suma merapatkan diri dengan meja, mmg habis tunggu nak terkam.. lawak sial.. haa, pastu cite pasal budak tadi ni, aku tgk dia aim sate tu mcm tak pernah tgk sate.. then bila AMIN je, budak leh terjah meja tu macam nak tackle orang main ragbi.. habis baring atas meja.. kwhakwhakwha... bapakkk extreme marhaban budak nie..pakcik2 kat situ pun terkejut tgk budak yang dah macam kene sawan.. skali, PRAAKkk POMMMM~

meja patah, habis makanan semua berselerak atas lantai.. budak tu habis mandi dengan makanan, sate dan kuah kacang.. kwhakwhkwha aku rasa mesti budak tu bangga dapat mandi sate.. banggang.. ntah ape ntah jadi dgn budak tu skrg..

sekarang

sekarang sudah pukul 630 am. aku baring dgn laptop di atas perut. memakai seluar yang masih ada kesan cat.
tersengih2 teringat kisah budak sate tu. ni pun aku belum smyg subuh. dok menaip je dari tadi. ohh zaman dulu sgt best.. and nanti, bila aku dah tua pulak, aku akan rindu pulak zaman skrg ni.. haha.. circle of cycle..

kalau korang telah membaca posting kali ini, maksud nya anda mesti bosan dan takde kerja lain. hahaha.. pegi laa layan sedara tu weii.. ini sedara datang masing2 berdesup masuk bilik.. jap lagi kene panggil

"(ini nama kau)!! turun salam sedara kau ni" teriak mak abah

"demmm" kata dalam hati.. hwakhakhak

"haa.. ini belajar kat mana skrg ni? bila nak habis? nape lambat betul nak habis? dah kawin belum?" adalah contoh2 soalan past-year yang seringkali ditanya. wkahwkahwkahwa.. tadah je la beb..

dengan senyum kambing menjawab

"tahun depan habis.. ngeeee"

aku rasa orang yg tanya tu mesti dah fakap dgn aku sbb setiap tahun pun aku jawap tahun depan wkwhawkhawkah

ape leh buat, dia pun setiap tahun tanya ni

"belajar kat mana skrg?"

penat dah aku jawab.. setiap tahun soalan sama..takkan la setiap ari aku tuka2 tempat.. hakwhakwhakhwa.

okay la.. kaki aku pun dah naik kebas sbb posisi aku menaip kali ini agak pelik.. biasa elok je dok atas meja.. di pagi 1 syawal yang mulia ini, aku ingin memohon maaf ke atas salah silap yang pernah aku lakukan selama ini.. maklumlah aku ni kasar bahasanya, so sesiapa yang tersentap dengan gurauan aku, aku minta maaf la banyak.. minta maaf juga kalau aku terBBS dgn korang (walaupun aku aku sgt jarang BBS. ha ha ha ha) nanti naik cuti kita BBQDSKV!!!

aku nak ucap selamat hari raya, tapi terasa mcm cliche pulak so aku nak ucap lain sikit...

ok.. SELAMATKAN BUMI!!!


gambar yang agak takde kaitan dengan raya






kamon la duit raya!!!
[iklan ikea][iklan raya][iklan nescafe][iklan bb][iklan maxis]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...