Kisah Raja dan Pemuda Pemalas

Tuesday, February 28, 2012

ntah apa penyakit, saya pun tak tau tapi saban hari ku rasakan diriku ingin menjadi seorang panglipurlara..

takde kaitan. tapi gamba ni gamba tipikal cerita dondeng.

mari kita berseloka dengan kisah dondeng seterusnya.. (bukan cerita aku tapi aku nak cerita jugak)

Alkisah pada suatu hari yang hambar, Sultan Atan sedang rilek2 di dalam istananya yang boleh tahan hambarnya. Seraya baginda bertitah kepada perdana menteri, Ajib (bukan Najib haa)

"Jib, patik bosan la hari ini.. takde plan menarik ke? Skv mau?" ujar baginda

"Takde la bos, budak-budak semua sibuk buat progress report 3.. patik dah roger tpi semua kata malas" jawab Ajib sambil menggaru-garu lutut kirinya.

"Aduihh munggek.. Wan pulak dah balik KL.." rungut baginda penuh kekecewaan

"Haa.. Patik ada satu idea menarik" ujar baginda

"Mana? BBQ genting? Gym?" tanya Ajib yang penuh curiosity.

"Kepala pundek ko.. Bukan begitu wahai Ajib.. Patik mahu kamu pusing ke seluruh negeri, dan carikan patik pemuda yang paling pemalas" titahnya

"Betul dah takde reje dah orang tua ni" bisik Ajib dalam hati.

"BAIK BOSS" teriak Ajib

Setelah beberapa hari mengembara ke serata negeri, Ajib telah kembali ke istana sri hambar.

"Daulat Tuanku. Di depan tuanku ingin patik sembahkan 3 orang makhluk yang menggelar diri mereka pemalas wahai bos." kata Ajib sambil duduk mengadap yang mcm kita biasa tgk tu.

"Baguh demo baguh. Wahai pemuda-pemuda pemalas, please briefly introduce yourself and explain betapa pemalas nye kamu."

Pemuda Pertama:

"Daulat Tuanku. Nama hamba Syafiq, tapi teman-teman biasa panggil Zack. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zack dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Hamba rasa hamba paling pemalas adalah kerana, walaupun masih dikurniakan dengan tangan yang tegap dan elok, hamba masih mengupah orang untuk menyuapkan hamba ketika makan. That's all." ujar pemuda 1.

"Hurmmm.. boleh tahan pemalas... tp aku rasa mcm perli aku pun ada.. NEXT!!!" titah baginda.

Pemuda 2.


"Daulat Tuanku. Nama hamba Syaiqul, tapi teman-teman biasa panggil Zamri. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zamri dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Saya rasa saya adalah paling pemalas adalah sebab sebagai seorang penulis blog, saya hanya meng copy paste perenggan dari pemuda 1 untuk dijadikan cerita di sini. sebab saya dah malas nak tulis ayat sama."

"Oohhh.. pemalas mmg pemalas.. tp awak brilliant" jawab Raja (ke sultan) secara spontan tanpa berfikir.

Pemuda 3


"Daulat Tuanku. Nama hamba Pemuda 3, tapi teman-teman biasa panggil Zami. Saya rasa saya adalah orang yang paling pemalas kat negera ini" kata Zami dgn konfiden nye.

"Ce cite" titah baginda

"Gua nak citer pun malas" jawab Zami.

"Motherruuuuuuuuuu.. bangsat punya pemuda" ujar Raja sambil ketawa.

Maka Zami telah di hukum penggal kepala dengan menggunakan ketam.

sekian kisah daripada saya. awal2 rajin. skrg dah malas. aaaaaaaaaa

2 comments:

Anonymous said...

aku pun tgh malas nak buat sambungan post aku, hahaha

charakuta said...

btul habis malas dh ko nih...posting pun dh mcm wadafuk..hahhaaha...lai kl la...bleh skv lagi..tp pas progress 3 la..aku tgh serabuts alam semesta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...