Blogger vs Idea

Monday, August 15, 2011

selamat malam dan selamat kejap lagi hari isnin

"alaa aku tak suka la esok dah isnin.. alaaa" ayat biasa yang kita dengar..

kepada sesiapa yang sering berkata sedemikian rupa, korang igt isnin suka sgt korang? hah

ok cukup la tu  perenggan introduction..

baru sebentar tadi aku terbaca perbualan di antara dua sahabat baikku yang berkisar tentang blog, dan kentandusan idea.. sesungguhnya ketandusan idea dikalangan blogger adalah satu norma yang biasa seperti pepatah melayu,

"hilang monyet. mana pisang nya" -sumpah pajak


Oleh yang demikian, topoik perbincangan kita pada malam ini adalah.. TAKDE IDEA.. (yeaaa.. aku menggunakan ketiadaan idea sbg idea utk post baru)

Usah khuatir wahai teman-teman ku.. sesungguhnya ana ada obat nya..

First and foremost, pada pandangan aku la.. aku tgk blogger ni ada beberapa jenis type.. *dah jenis, type lagi.

1. Blog ku Diari ku :



jenis blogger yang mcm ini biasanya, menggunakan blog untuk meluahkan perasaan.. maklumlah, sekarang ni zaman celik IT, kalau nak beli buku diari tu, dah kene klua modal.. nak menulis malam2, gelap pulak tak nmpk.. maka tulis kat blog adalah pilihan yang sesuai.. penulis seperti ini kebiasaan tidak mencari audience pun.. dia lagi selesa kalau orang tak tau kewujudan blog dia.. mmg for the sake of writing semata-mata


2. Blog ku Diari ku, Adalah Masalah Dunia (BKDKAMD)

ha. jenis yang ini pula.. agak similar dengan kelompok yang di atas, tetapi ada satu perbezaan yang amat ketara.. jika BKDK tidak mencari audience dan publicity, BKDKAMD pula adalah sebaliknya.. mereka mendambakan publisity ataupun dengan bahasa mudah dikenali sebagai capub.. ok, aku faham kau nak meluahkan peraaan tentang hidup peribadi kau.. tapi x pyh la kau nak paksa orang baca post kau pasal masalah suka duka kau dengan bf/gf kau.. ko sorang je yang seronok baca cite pasal partner kau.. org lain public, kalau dok asik ko dgr ko membebel pasal tu je.. muak juga la.. (contoh)..

"baby i tadi sendawa bau popcorn dalam wayang.. kih kih kih"


sumpah aku tanak tau 

kebiasaannya golongan seperti ini mempunya self-esteem yang rendah dan mereka memerlukan sokongan moral daripada traffic yang tinggi (agaknya la)

sila ambil gambar mcm ni byk2 ye

[click for more]


3. Abg OUTSOURCE 2011



yeaaaa.. kumpulan jenis ini jenis yang aku rasa paling ramai dan yang paling pemalas dikalangan blogger (termasuk aku..khwkahwakhak) orang jenis ini adalah orang yang creative, tapi pada kebanyakan masa, dia adalah orang malas nak menaip panjang.. So apa kami buat? pegi utube cari video kelakar yang latest.. pastu bubuh kat blog.. hauhahaha.. terlalu malas cari video? cari la gambar2 kelakar, letak caption 1 ayat.. pastu post... (hwakhwakwha.. ini sangat aku).. golongan seperti ini biasanya adalah sgt peka terhadap kemunculan artikel2 latest di internet. pada mereka, kepuasan adalah apabila berjaya menemukan material2 baru yang tidak pernah ditonton orang ramai.

4. Abg OUTSOURCE 2011 versi LAMBAT



hah jenis yang macam ni aku x bape berkenan.. kerana iri hati dengan kejayaan blog outsource yang mempunyai tema "easy reading" dan kelakar, meraka juga ingin mencuba outsourcing.. tapi satu masalah.. eh dua masalah.. eh beberapa masalah..

kau LAMMMBAATTTTT... orang kalau nak outsource ni biarlah benda tu fresh.. kalau nak amik benda lama pun, cari la benda yang orang tak pernah baca.. sekarang dah 2011.. kau still post video GELI MAT.. lagi menyakitkan hati, bila kau ulas pasal video tu, bunyi mcm kau pulak founder material tu

"look u'allss i find something new and hip"


Pada pemerhatian aku, orang yg tergolong dalam kategori ini adalah geng2 jiwang yang tidak berjaya dgn blog BKDKAMD mereka.. mereka sedar bahawa blog lama mereka adalah sampah dan mereka bertekad untuk mencari pembaca sebanyak mungkin.. hoh..

"kau x cool. kau x klakar. kau skema taik, kau bukan geek." nasihat aku kepada mereka


5. Mari Berkongsi Pendapat

Jenis yang ini pula kebiasaan terdiri daripada brader2/akak2 yang matang.. segala penyampaian pendapat disampaikan melalui tutur kata dan persembahan yang matang. tiada unsur berat sebelah mahupun unsur prejudis. kalau ada arguement pun, jarang sekali kita lihat kata-kata kesat. mereka sangat tenang dan matang. They are the real "cool" bloggers of the web

icon cool



5. RAGE BLOG

haaa.. penulisan RAGE™ pula adalah di mana penulis akan menyampaikan pendapat mereka namun begitu, mereka akan menyampaikan pendapat mereka dengan penuh kemarahan dan kebencian

example:

"Fcuk aku makan durian tadi tak sedap BUGIMA betul aku rasa nak sepak je kepala budak ni dah la kepala busuk... bla bla"

suka-suka kau je nak sepak kepala budak.. hah

satu benda je aku boleh puji dengan rage blog nie... their guts and honesty.. tatkala BKDKAMD yang bergelumang dalam kepompong pasangan kekasih masing2, RAGErs pula memilih topik2 yang panas untuk diperdebatkan dan tidak mempunyai masalah untuk mengangkat jari tgh kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau..

haha syabas.. tapi tak elok kalau marah2 selalu..( sebenarnya posting ni ada baur2 RAGE juga ..ahkah mampossssss)



6. Blog jalan jalan cari makan

hah.. somehow aku respect golongan yang mcm ni.. mereka adalah blogger yg rajin.. rajin cari material sendiri, pakai camera sendiri.. dan penulisan dgn identiti mereka sendiri.. biasa nya, mereka membuat blog hanya lah untuk kepuasan menulis sahaja. TETAPI, apa yang membuat nama blog jenis ini buruk adalah kemunculan "adik adik hayun"

notes : adik adik hayun = golongon muda, biasanya belum SPM lagi pun yang gemar menggantung DSLR camera dia leher mereka dan menghanyunkan mereka kemana2 saja mereka pergi.. pastu snap sana, snap sini.. bajek pro.. padahal kau close up lubang idung mmbr kau je


Penulisan yang mentah. dan pemilihan subject yang lemah adalah resispi untuk kegagalan



7. Blog Seimbang, Makanan Seimbang, Abah, cikgu kata hisap rokok merbahaya..

panjang pulak nama.. main point is.. blog yg last ni adalah blog yang seimbang.. ada hate post, ada love post.. ada poyo, ada rendah diri.. ada terang, ada gelap.. haaa..

propaganda freemason


WHICH ONE ARE YOU?


ps: aku rasa aku mcm dah lari topik daripada perbincangan "TAKDE IDEA". wkahwkahwkahwakhwa


[iklan kopi][iklan cantik]

1 comments:

Anonymous said...

saya pasti akan dapat idea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...