FAQ : Soal Jawab Terbuka

Friday, August 5, 2011

bapak ah.

arini aku sakit tekak gila2. batuk je keje nye.

dalam masa 2-3 hari ni aku telah membuka peluang kepada pembaca untuk menanyakan soalan-soalan random kepada aku.. untuk apa? saja untuk membuat posting.. ini adalah antara soalan2 yang sempat saya kumpul dan dijawab..

1. Apakah "Malaysia" pada kaca mata Zimbabwe?

Sebagai seorang rakyat Malaysia, sesungguhnya saya pun tidak mengerti perasaan sebenar seorang rakyat Zimbabwe terhadap Malaysia. Pada tarikh 4 August 2011 saya telah berkunjung ke kedutaan rasmi Zimbabwe di Kuala Lumpur namun saya telah dihalau keluar kerana saya memakai seluar pendek dan selipar jepun. Akan tetapi, hakikat sebenarnya adalah saya tidak memakai selipar jepun. Saya memakai selipar Bowling kepunyaan bapa saya (cerita benar). Kita tutup kisah Zimbabwe kali ini dengan tayangan bola sepak Malaysia menentang Zimbabwe




2. Kenapa perempuan lebih suka mencari calon suami yang berkerja sebagai "engineer"?

Soalan kali ini datangnya dari seorang peminat setia yang perempuan. Suka mencari calon suami yang berkerja sebagai engineer adalah satu topik yang general pada padangan saya. Sebenarnya, tiada sebarang limatasi (boleh ke translate mcm ni) dalam soal memilih calon suami kerana persoalan cinta dan jodoh adalah suatu perkara yang liberal. Terjadinya satu stigma dimana perempuan cenderung memilih suami engineer adalah kerana faktor pengaruh iklan-iklan di televisyen tempatan yang sering menggambarkan engineer sebagai seorang lelaki yang macho, segak dan berduit banyak. Ditambah lagi dengan "geng2 yang dah kawin dgn engineer" yang sering menggembar-gemburkan kehebatan suami masing2.

"Laki belikan I ada LAPAN peti sejuk" ayat2 contoh yang sering didengar

 sesungguhnya, anda telah ditipu.

you are expecting this

prepare for this

[klik for moar soalan]



3. Apa nasib skuter VR125 kau?


Selepas kejadian piston jammed yang berlaku di Lebuh-raya SILK kilometer 7 pada tahun 2009, motor ini hanya tersadai di Kenaria tanpa sebarang tanpa sebarang usaha membaik pulih. Paling kuat pun masa sekitar tahun 2010 saya pernah cuba menghidupkan motor itu dan motor itu dgn ajaibnya dapat dihidupkankan seraya saya berkata

"Peh boleh hidup pulak"

Lepas itu saya biarkan semula sehingga ke hari ini.


4. Kau ada nombor telefon ManKlate?

Ada. Aku dah bagi kat fb chat kau

5. CD game Need For Speed ada pada kau tak?


Aku tak sure. Nanti kalau ada aku pulangkan. wkahwakhwakhwakhwak

6. Bolehkah manusia hidup tanpa facebook?

Dari segi saintifik, antara keperluan manusia untuk hidup adalah air masak, nasik, dan oksigen. Facebook ataupun fb tidak sama menjadi satu kerperluan manusia. Statement yang selalu kita dengar seperti

"Eeee.. I x dapat log in fb la harini.. eeeeeee.. mati la I macam" ujar sehelai gedik.

Sesungguhnya perkataan "mati" yang digunakan didalam ayat tersebut adalah perkataan yang di hiperbolakan konon2 nya seperti.. emm.. ape aku nak ckp.. jap..

hiperbola.. emm.. perkataan saje yang nak menggedik untuk mencuri perhatian umum dan bukannya mati yang sebenar (ataupun tamat riwayat).. so kepada pembaca pembaca yang telah membuang masa membaca entri kali ini, ingat nasihat saya,,, AIR MASAK, NASIK, OKSIGEN... thats it

ini nasi putih.. agak2 boring sila la ambil lauk pauk

p/s: jika ada sebarang pertanyaan, anda dialukan untuk bertanya .. btw sumpah aku rasa telah membuat satu pembaziran masa yang mutlak dgn entri kali ini.. hahwkaw

1 comments:

member umah atas said...

soalan "friday randomness"....

mengapakah dompet saya semakin nipis? adakah disebabkan menjadi mangsa "ketuk harga" di sebuah restoran di cheras ketika berbuka (nasi putih + kuah tom yam kosong + udang kenit2 + milo ais = RM 12.20 + WTF), ataupun dipengaruhi oleh masalah politik di Uzbekistan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...